Pemanduan Automatik Pada Tesla Mampu Meramal Kemalangan Sebelum Ia Berlaku, Dan Mengelaknya

Pemanduan Automatik Pada Tesla Mampu Meramal Kemalangan Sebelum Ia Berlaku, Dan Mengelaknya

Diterbitkan pada Dis 29, 2016 oleh .

Tesla merupakan salah satu jenama yang tidak asing dalam arena kenderaan elektrik, dan beberapa kenderaan Tesla sedia terdapat di jalan raya Malaysia. Salah satu sistem yang sering diperkatakan pada kenderaan Tesla adalah kemampuan pemanduan automatiknya, termasuk kebolehan meramal pelbagai perkara yang berlaku di atas jalan raya.

Salah satu fungsi baru pada Tesla Autopilot yang baru adalah kebolehan menganalisa kenderaan dihadapan melalui penggunaan radar, dan mengelak sebarang kemalangan daripada berlaku. Perkara berkenaan mungkin mudah diperkatakan, tetapi kini melalui sebuah video yang dikongsikan pengguna Tesla Model X, perkara berkenaan diperlihatkan.

Melalui apa yang dilihat, radar pada kenderaan berkenaan dapat menganalisa dua kenderaan dihadapan, dan menghentikan kenderaan sebelum kemalangan dihadapan berlaku.

Dengan kepintaran buatan yang mampu mengelak kenderaan daripada kemalangan ini, semestinya ia akan menjadi salah satu ciri utama pada kenderaan yang akan menjadi fokus ramai dalam pemilihan pada masa akan datang.

Seperti biasa, beberapa kenderaan sedia mempunyai sokongan pemanduan automatik – dan pemandu sendiri dinasihatkan agar berhati-hati dan berjaga-jaga untuk mengambil-alih pemanduan pada bila-bila masa.


TIPS & ULASAN