Microsoft Dijangka Menambah “Game Mode” Pada Windows 10 Dalam Menawarkan Pengalaman Permainan Yang Baik

Microsoft Dijangka Menambah “Game Mode” Pada Windows 10 Dalam Menawarkan Pengalaman Permainan Yang Baik

Diterbitkan pada Dis 29, 2016 oleh .

Microsoft sedia menyertakan beberapa fungsi khusus pada Windows 10 dalam menawarkan pengalaman permainan baik, termasuk kemudahan untuk strim permainan. Terkini, melalui versi pembangunan Windows 10, ia dilihat Microsoft turut akan menyertakan sebuah fungsi baru dinamakan “Game Mode”.

Melaluinya, ia akan mengoptimasikan penggunaan CPU dan kad grafik dalam memberikan fokus terhadap permainan yang dimainkan. Operasi-operasi latar yang tidak berkaitan dengan sesuatu permainan video berkenaan akan dikurangkan fokusnya, sekaligus menawarkan pengalaman yang sangat baik kepada pengguna.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri Game Mode ini akan diintegrasikan pada Windows 10. Selain daripada integrasi terus pada sistem komputer, terdapat juga beberapa perisian pihak ketiga lain di pasaran yang menawarkan fungsi lebih kurang sama pada hari ini.


TIPS & ULASAN