Facebook Mengambil-Alih Eye Tribe Untuk Melengkapkan Perisian Pemantauan Gerakkan Mata Oculus

Facebook Mengambil-Alih Eye Tribe Untuk Melengkapkan Perisian Pemantauan Gerakkan Mata Oculus

Diterbitkan pada Dis 29, 2016.

Oculus yang dimiliki oleh Facebook hari ini telah mengambil-alih The Eye Tribe, sebuah syarikat yang memfokuskan kepada pemantauan pergerakkan mata ketika menggunakan peranti realiti-maya, sekaligus menawarkan pengalaman yang lebih baik.

Oculus mengesahkan pengambil-alihan ini tanpa menyebut sebarang perkara mengenai harga pengambil-alihannya.

Eye Tribe merupakan salah satu syarikat yang telah diambil-alih oleh Oculus sepanjang tahun ini. Facebook sendiri berminat dalam syarikat pemantauan gerakkan mata kerana mereka ingin menjadi antara terawal dalam membawa interaksi sosial dalam realiti-maya. Kebolehan mengikuti pergerakkan mata pengguna akan membuat ia lebih mudah untuk memahami ekspressi dan memudahkan pengguna berkomunikasi dengan rakan lain dalam dunia maya.

Sebagai contoh, Mark Zuckerberg berminat untuk membantu pengguna menonton sukan bersama-sama, mengikuti mesyuarat, melancong ke luar negara, dan mengambil selfie dalam dunia realiti-maya.

Facebook bukan satu-satunya syarikat yang memfokuskan kepada pemantauan gerakkan mata dalam realiti-maya. Google sebelum ini telah mengambil-alih Eyefluence, satu lagi syarikat dengan teknologi pemantauan mara. Syarikat gergasi carian berkenaan dilihat melabur dalam realiti-maya, dan mengintegrasikan ia bersama perkhidmatan seperti YouTube dan kedai-aplikasi.


TIPS & ULASAN