Twitter Mengumumkan Sokongan Penstriman Video 360-darjah

Twitter Mengumumkan Sokongan Penstriman Video 360-darjah

Diterbitkan pada Dis 29, 2016 oleh .

Twitter sedia menawarkan sokongan penstriman video langsung pada platform mereka, dan terkini, hari ini penyedia perkhidmatan laman sosial berkenaan mengumumkan penyertaan sokongan video 360-darjah secara langsung.

Melalui sokongan ini, pengguna boleh strim video 360-darjah menggunakan kamera yang menyokongnya, sekaligus menawarkan pengalaman interaktif yang berbeza berbanding video biasa. Buat masa ini, pihak Twitter hanya menawarkan sokongan penstriman langsung 360-darjah ini untuk beberapa rakan kerjasama terpilih sahaja.

Twitter mengatakan video 360-darjah ini akan dilabelkan sebagai LIVE 360 pada Twitter dan Periscope, sekaligus memberikan petanda yang mana pengguna boleh berinteraksi dan melihat sekeliling pada video berkenaan.


TIPS & ULASAN