Samsung Akan Melancarkan Pendingin Hawa “Bebas Angin” Di CES

Samsung Akan Melancarkan Pendingin Hawa “Bebas Angin” Di CES

Diterbitkan pada Dis 29, 2016 oleh .

Pendingin hawa berfungsi dengan menghembuskan angin sejuk ke dalam bilik yang panas. Oleh sebab itu insan yang duduk betul-betul di bawah laluan udara akan merasa lebih sejuk berbanding yang duduk lebih jauh. Sistem hembusan udara ini juga memerlukan kipas yang menggunakan kuasa elekrtik yang tinggi. Samsung akan melancarkan pendingin hawa AR9500M Wind-Free bebas angin di CES 2017 bulan hadapan.

Menurut Samsung AR9500M Wind-Free menggunakan teknologi baru yang menyejukkan bilik dengan pantas. Terdapat 21000 lubang udara pada pendingin hawa ini yang mengalirkan udara sejuk secara sekata. Apabila suhu yang dimahukan dicapai, sistem penyejukan khas bebas angin akan terus menyejukkan bilik tanpa hembusan udara seperti sistem biasa. Dengan ini penggunaan tenaga dikatakan dapat dikurangkan sehingga 72%. Akhir sekali ia menyokong sistem WiFi bagi membolehkannya dikawal menerusi aplikasi peranti pintar.


TIPS & ULASAN