Cari @ Amanz

Bulan November lalu kedengaran ura-ura Apple akan memperkenalkan pilihan warna putih berkilat untuk iPhone 7. Ini ialah sebagai warna berlawanan kepada Jet Black yang mendapat sambutan hangat dari pengguna sehingga menjadi ikutan pengeluar lain. Gambar yang dikatakan iPhone 7 dengan warna Jet White telahpun tertiris.

Dari apa yang boleh dilihat di atas, warna baru ini pada hemat kami kelihatan agak hodoh. Ada kemungkinan ini hanyalah ubahsuai buatan sendiri ataupun cangkerang gantian berwarna putih yang dijual di China. Tidak mengejutkan sekiranya pilihan warna Jet White ini akan hanya kekal sebagai ura-ura kerana langsung tidak kelihatan menarik jika dibandingkan dengan pilihan warna sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd