Cari @ Amanz

Game of Thrones kekal sebagai rancangan paling kerap dimuat turun secara haram untuk lima tahun berturut-turut. Rancangan HBO ini diikuti pula oleh  The Walking Dead dan Westworld. Walaupun hanya di dalam musim pertama, Westworld berjaya mengambil alih tempat ketiga dari The Big Bang Theory yang turun ke tempat ke-enam.

The Grand Tour yang juga merupakan rancangan baru terletak di tempat ke-10. Majoriti rancangan yang tersenarai ini tidak ditawarkan oleh mana-mana perkhidmatan penstriman di Malaysia. Adakah anda antara pengguna Torrent yang memuat turun rancangan-rancangan di bawah.

  1. Game of Thrones
  2. The Walking Dead
  3. Westworld
  4. The Flash
  5. Arrow
  6. The Big Bang Theory
  7. Vikings
  8. Lucifer
  9. Suits
  10. The Grand Tour
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd