(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Akan Menggunakan Butang Navigasi Atas Skrin Dan Sokongan 3D Touch

(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Akan Menggunakan Butang Navigasi Atas Skrin Dan Sokongan 3D Touch

Diterbitkan pada Dis 29, 2016 oleh .

Sejak dari Galaxy S1 lagi peranti Samsung sudah menggunakan sistem butang navigasi fizikal pada bahagian dagu peranti. Sistem ini dikekalkan walaupun Android sudah memperkenalkan sistem navigasi atas skrin sejak Android Ice Cream Sandwich. Ura-ura mula kedengaran bahawa pada Galaxy S8, Samsung akhirnya akan menggunakan butang navigasi atas skrin sepenuhnya.

Sistem ini digunakan bagi mendapatkan rekaan “semua skrin” seakan Xiaomi Mi Mix. Penggunaan navigasi atas skrin akan membolehkan susunan kedudukan butang yang ditetapkan sendiri oleh pengguna. Android Nougat menyokong kustomasi sehingga sembilan butang navigasi. Skrin Galaxy S8 juga dipercayai mampu mengesan tekanan seakan 3D Touch iPhone untuk mengaktifkan Context Menu yang disokong Android Nougat. Kepada peminat peranti Samsung, apakah pendapat anda tentang ura-ura ini?


TIPS & ULASAN