Pengguna Android Kini Boleh Pra-Daftar Minat Untuk Super Mario Run Di Google Play Store

Pengguna Android Kini Boleh Pra-Daftar Minat Untuk Super Mario Run Di Google Play Store

Diterbitkan pada Dis 29, 2016 oleh .

Super Mario Run telah diperkenalkan secara eksklusif untuk pengguna iOS sebelum ini, dimana ia ditawarkan secara percuma, tetapi hadir dengan sokongan pembelian kandungan pada harga RM39.90 untuk memainkannya secara sepenuhnya. Kini, selain daripada versi iOS, pihak Nintendo juga dalam perancangan untuk memperkenalkan versi Android untuk permainan berkenaan.

Super Mario Run

Nintendo melalui halaman Google Play Store telah membuka pendaftaran-minat untuk para pengguna, membolehkan mereka mendaftar dan menerima notifikasi apabila ia sedia untuk dimuat-turun.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk bila ia boleh dimuat-turun. Memandangkan mereka telah menyenaraikannya, maka mungkin kita akan dapat melihat ia hadir dalam masa sebulan dua lagi.

Muat-Turun Super Mario Run untuk Android


TIPS & ULASAN