Cari @ Amanz

Pada IFA 2016 yang lepas, Samsung sedia memperkenalkan beberapa monitor baru menggunakan teknologi skrin Quantum Dot. Kini, bersempena dengan CES 2017 yang bakal menjelang tiba minggu hadapan, pihak Samsung kini telah mengumumkan beberapa lagi monitor baru dengan menggunakan teknologi skrin serupa.

Samsung Quantum Dot

Samsung CH711 Quantum Dot hadir dengan rekaan melengkung dan memfokuskan kepada permainan video. Ia hadir dalam dua variasi, iaitu bersaiz 27-inci dan juga 31.5-inci. Monitor berkenaan hadir dengan skrin melengkung pada 178-darjah, serta menawarkan resolusi 2560×1440 pixel. Samsung mengatakan ia menawarkan liputan warna RGB 125%.

Disamping itu, Samsung juga turut mengumumkan monitor CFG70 yang hadir dengan sokongan tambahan, termasuk antaramuka “Gaming UX” yang membolehkan pengguna mengoptimasikan skrin berdasarkan kepada jenis permainan, sama ada FPS, RTS, RPG, atau AOS.

Kesemua monitor baru ini akan dipertontonkan pada CES 2017 kelak, dan ia dijangka dipasarkan dalam masa beberapa bulan lagi.

Samsung Quantum Dot

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd