Carian
Samsung Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Fon Telinga Tanpa-Wayar Baru Bersama-sama Galaxy S8
December 29, 2016 Aman

Samsung pada tahun ini telah sedia melancarkan sebuah fon telinga tanpa-wayar dinamakan sebagai Gear IconX. Selain daripadanya, kini laporan baru hadir mengatakan Samsung turut bakal hadir dengan fon telinga tanpa-wayar baru bersama-sama pengumuman Galaxy S8 kelak.

Ia juga masih menjadi tanda tanya sama ada pihak Samsung akan menjualnya secara berasingan, atau memberikannya secara percuma dengan pembelian Galaxy S8. Satu lagi pertanyaan yang timbul adalah sama ada pihak Samsung akan menyertakan teknologi audio Harman padanya atau tidak.

Gear IconX

Sebelum ini juga, ia telah kedengaran yang mana Samsung mungkin akan membuang bicu-audio 3.5mm. Memandangkan Samsung dikatakan sedang mencuba beberapa jenis prototaip berbeza, maka tidak diketahui lagi versi akhir Galaxy S8 akan menyertakan bicu-audio atau tidak, dan adakah ia memerlukan fon telinga baru ini untuknya menggantikan fon telinga tradisional.

Komen