Cari @ Amanz

Huawei P9 merupakan peranti keluaran Huawei yang agak popular dan berjaya pada tahun ini. Kini, bergerak ke hadapan, pihak Huawei telah dalam persediaan untuk memperkenalkan kemaskini Android 7.0 Nougat bersama-sama antaramuka EMUI 5.0 untuk pengguna peranti dibawah keluarga berkenaan, iaitu Huawei P9 Plus dan juga Huawei P9 Lite.

Huawei P9 Lite

Untuk tujuan berkenaan, pihak Huawei Malaysia telah mula mencari mereka yang berminat untuk menguji perisian berkenaan pada telefon pintar berkenaan, dan menjadi antara yang terawal menggunakan EMUI 5.0 pada Huawei P9 Plus atau Huawei P9 Lite.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba untuk mendaftarkan minat pada halaman khusus yang disediakan oleh Huawei. Seperti biasa, ini adalah untuk tujuan ujian beta, dan anda tidak dinasihatkan untuk menyertainya sekiranya anda hanya mempunyai satu sahaja peranti dan digunakan untuk tujuan utama – memandangkan ujian beta ini mungkin mempunyai beberapa pepijat yang tidak dikenal-pasti lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd