Harga Untuk Galaxy A5 2017 Dan Galaxy A7 2017 Untuk Pasaran Malaysia Tertiris

Harga Untuk Galaxy A5 2017 Dan Galaxy A7 2017 Untuk Pasaran Malaysia Tertiris

Diterbitkan pada Dis 30, 2016 oleh .

Samsung Malaysia sedia mengesahkan pelancaran siri telefon pintar Galaxy A 2017 untuk pasaran tempatan secara rasminya pada 5 Januari 2017 kelak. Kini, info lanjut hadir tertiris ke arena web, memperlihatkan harga jualan untuk dua telefon pintar dibawah siri berkenaan, Galaxy A5 dan Galaxy A7.

Daripada apa yang dilihat, Galaxy A5 (2017) akan dijual pada harga RM1699, sementara Galaxy A7 (2017) pula akan dijual pada harga RM1899. Kedua-duanya dijangka akan boleh dipra-tempah bermula 6 Januari, serta menawarkan Level U Pro secara percuma untuk tempoh pra-tempahan.

Dari segi spesifikasi yang tertiris buat masa ini, Galaxy A5 (2017) dijangka hadir dengan skrin 5.2-inci Super Amoled, cip pemprosesan lapan-teras 1.9Ghz, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia dijangka menyertakan sokongan kamera depan dan belakang 16-megapixel, selain penggunaan pengecasan USB-C.

Galaxy A7 (2017) pula dijangka menawarkan skrin 5.7-inci dengan penawaran spesfikasi lain yang lebih kurang sama. Kedua-dua model ini dijangka menawarkan sokongan kalis air dan debu melaluinya.

Kita mungkin akan mendengar lanjut secara rasmi berkaitan penawaran Samsung Galaxy A (2017) ini pada minggu hadapan.

Samsung Galaxy A 2017 Tertiris


TIPS & ULASAN