Cari @ Amanz

Sepanjang 2016 ini, kita telah melihat beberapa pengeluar hadir dengan telefon pintar yang menggunakan dwi-kamera. Kini, melangkah ke tahun 2017, pihak ZTE diperkatakan sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, ZTE Blade V8 yang turut hadir dengan sokongan dwi-kamera.

ZTE Blade V8

ZTE Blade V8 ini dikatakan akan menggunakan dwi-kamera gabungan 13-megapixel dan 2-megapixel, dimana sensor 2-megapixel digunakan untuk merakamkan data mengenai “kedalaman”. Melaluinya, ia sekaligus memudahkan pengguna merakamkan gambar ala-ala DSLR dengan menambah kesan bokeh.

Peranti ini dijangka dilengkapi dengan skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Snapdragon 435, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB.

Pihak ZTE dijangka melancarkannya secara rasmi pada acara CES 2017 yang bakal berlangsung bermula minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd