Microsoft Menggunakan Skrin BSOD Berwarna Hijau Untuk Pengguna Windows Insider

Microsoft Menggunakan Skrin BSOD Berwarna Hijau Untuk Pengguna Windows Insider

Diterbitkan pada Dis 30, 2016 oleh .

Pada sistem operasi Windows, salah satu perkara yang digeruni ramai adalah BSOD atau skrin “mati-biru” yang menandakan sistem mempunyai masalah, dan komputer sama ada akan dimulakan semula atau memerlukan anda memperbetulkan beberapa perkara. Terkini, untuk pengguna program Windows Insider, pihak Microsoft dilihat telah mula menguji paparannya dalam warna hijau.

Perkara ini dilihat akan memudahkan lagi pihak Microsoft untuk mengenal-pasti masalah yang hadir daripada versi pembangunan ataupun versi stabil. Seperti ramai sedia maklum, masalah pada versi pembangunan adalah sesuatu yang dijangka dan pengguna yang mendaftar menyertai program Windows Insider sering dimaklumkan mengenainya.

Perubahan ini dilihat hadir pada versi pembangunan terkini untuk Windows Insider.


TIPS & ULASAN