Goat Simulator Dan Alienation Antara Permainan Percuma PlayStation Plus Januari 2017

Goat Simulator Dan Alienation Antara Permainan Percuma PlayStation Plus Januari 2017

Diterbitkan pada Dis 30, 2016 oleh .

Tahun 2017 akan tiba dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Sukar dipercayai 2016 berakhir dengan cukup pantas dengan pelbagai insiden yang kurang menyenangkan. Kepada yang mahu melupakan tahun yang dianggap antara yang terburuk dalam sejarah peradaban dunia, PlayStation menawarkan beberapa permainan percuma menarik untuk pelanggan PlayStation Plus.

Antara yang ditawarkan ialah Alienation, Goat Simulator dan This War Of Mine The Little Ones. Alienation ialah permainan menembak pandangan isometri yang bertemakan serangan makhluk asing. Goat Simulator pula ialah penyelaku kehidupan seekor kambing. Bagi mereka yang mahu menjadi kambing ini ialah permainan yang telah lama anda idamkan. Di bawah ialah senarai lengkap permainan yang ditawarkan percuma bulan hadapan.

  1. Alienation (PS4)
  2. Goat Simulator (PS4,PS3)
  3. This War Of Mine The Little Ones (PS4)
  4. The Swindle (PS4, PS3, Vita)
  5. Net High (Vita)
  6. Actual Sunlight (Vita)

 


TIPS & ULASAN