Carian
Apple Disaman Kerana Kemalangan Maut Akibat Penggunaan FaceTime
December 30, 2016 Effi Saharudin

Tahun 2016 ialah tahun saman menyaman dan Apple adalah antara yang paling teruk diserang di mahkamah. Apple kini berhadapan dengan saman kerana membenarkan penggunaan FaceTime ketika memandu. Ini mengakibatkan sebuah kemalangan maut pada tahun 2014 yang meragut nyawa seorang kanak-kanak apabila kereta yang dinaikinya dirodok dari belakang oleh pemandu yang khayal menggunakan FaceTime.

Paten asal FaceTime mempunyai fungsi yang menghalang penggunaan FaceTime ketika memandu. Tetapi ia tidak wujud pada aplikasi yang terbina pada kesemua peranti iOS di pasaran sekarang. Oleh sebab itu, Ibu bapa anak malang ini menyaman Apple kerana merasakan syarikat ini bertanggungjawab menghasilkan aplikasi yang berbahaya tanpa fungsi keselamatan yang boleh menyelamatkan nyawa. Selain meminta ganti rugi berbentuk wang, plaintif mahu Apple mengaktifkan sistem menghalang penggunaan FaceTime ketika memandu seperti yang dipatenkan.

Komen