Cari @ Amanz

Di dalam sebuah kaji selidik yang dilakukan beberapa tahun yang lalu, pemandu kenderaan di Amerika Syarikat didapati membazirkan 42 jam setahun terperangkap di dalam kesesakan lalu lintar. Sebagai warga Kuala Lumpur kami rasakan angka ini mungkin lebih tinggi di Malaysia. Oleh sebab itu lewat ke mesyuarat dan perjumpaan penting kini menjadi lumrah. Masalah ini cuba diselesaikan oleh Volvo dengan sokongan Skype pada skrin sesentuh kenderaan keluaran mereka.

Volvo bekerjasama dengan Microsoft bagi menyokong sistem Skype For Business. Dengan ini ahli perniagaan masih boleh menghadiri pelbagai mesyuarat penting sekiranya terperangkap di dalam kesesakan atau dalam perjalanan di luar pejabat. Kenderaan Volvo Series 90 akan menerima fungsi ini terlebih dahulu kerana kerap digunakan golongan perniagaan. Buat masa ini ia hanya menyokong panggilan suara atas sebab keselamatan.

Diharap pemandu tidak akan lalai ketika menggunakan Skype. Sekiranya tidak, mungkin Volvo pula disaman kerana mengakibatkan kemalangan seperti yang berlaku ke atas Apple hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd