(Ura-Ura) Microsoft Surface Pro 5 Akan Hadir Sebelum Mac 2017

(Ura-Ura) Microsoft Surface Pro 5 Akan Hadir Sebelum Mac 2017

Diterbitkan pada Dis 31, 2016 oleh .

Surface Pro 4 dilancarkan Oktober 2015. Di dalam ulasan kami, kelemahan paling nyata komputer tablet 2 dalam 1 ini ialah hayat bateri hanya tujuh jam dan papan kekunci yang masih kurang selesa digunakan. Tahun 2016 sudah sampai ke penghujung dan model baru Surface Pro  masih belum kelihatan. Kelewatan ini adalah kerana Microsoft dikatakan menunggu kemunculan pemproses Intel Kaby Lake yang baru.

Ura-ura terkini ialah Microsoft Surface Pro 5 akan akhirnya dilancarkan pada suku pertama 2017. Dengan penggunaan Kaby Lake, hayat penggunaan komputer dijangka lebih lama kerana pemproses ini tidak menggunakan jumlah tenaga yang tinggi. Ini adalah penting kerana Surface Pro 5 dipercayai akan dilengkapi skrin 4K. Kami hanya boleh berharap papan kekunci yang lebih baik akan turut dihasilkan untuk model terbaru ini.

 


TIPS & ULASAN