Musim perayaan Krismas sudah berakhir dan permintaan untuk peranti pintar akan mula menurun. Apple seperti pengeluar lain turut terjejas dan dilaporkan mengurangkan pengeluaran iPhone 7 sebanyak 10% untuk suku pertama 2017. Jumlah jualan iPhone 7 dipercayai adalah lebih rendah dari jangkaan asal turut menyumbang kepada pengurangan ini.
Selepas masalah melanda Galaxy Note 7, ramai penganalisa menjangka jualan iPhone akan meningkat. Tetapi data yang dikumpul mendapati pengguna Note 7 lebih ramai memilih Galaxy S7 berbanding peranti keluaran Apple ini. Ini adalah kerana mereka lebih selesa dengan Android dan setia dengan jenama Samsung. Sungguhpun pengeluaran dikurangkan, iPhone 7 masih lagi antara peranti utama yang mencatatkan jualan tertinggi sepanjang 2016.