Pengguna Aktif Harian Untuk Aplikasi WeChat Melangkaui Angka 768 Juta

Pengguna Aktif Harian Untuk Aplikasi WeChat Melangkaui Angka 768 Juta

Diterbitkan pada Dis 31, 2016 oleh .

WeChatWeChat merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular yang berasal dari China, dan boleh dikatakan popular dibeberapa buah negara, termasuk di Malaysia. Terkini, berkongsi mengenai beberapa statistik semasa perkhidmatan berkenaan, pihak Tencent mengatakan pengguna WeChat yang aktif setiap hari kini melangkaui angka 768 juta. Angka yang dikeluarkan ini adalah berasaskan kepada laporan bulan September 2016 yang lepas.

Pengguna majoriti pada perkhidmatan WeChat diperkatakan lahir sekitar 80-an dan 90-an, selain hampir 50% pengguna WeChat menghabiskan sekitar 90 minit setiap hari pada aplikasi berkenaan.

Di China sendiri, perkhidmatan WeChat meliputi pelbagai perkara, termasuk menawarkan kebolehan membuat pembelian barangan, tiket wayang, menempah teksi, dan sebagainya.

Secara purata, pengguna WeChat dikatakan menghantar sekitar 74 mesej setiap hari, dan penggunaan panggilan video dan suara pada WeChat kini mencapai sekitar 100 juga panggilan setiap hari.


TIPS & ULASAN