Kamera Dashcam Eagle I Vision 1 Hadir Dengan Fungsi Pintar

Kamera Dashcam Eagle I Vision 1 Hadir Dengan Fungsi Pintar

Diterbitkan pada Dis 31, 2016 oleh .

Malaysia merupakan negara yang mempunyai kadar pemilikan kenderaan peribadi yang tinggi, dan juga kadar kemalangan yang tinggi. Peranti dashcam yang merakam perjalanan merupakan salah satu pilihan pengguna dan pada hari ini Eagle I telah melancarkan Vision 1, peranti dashcam yang dilengkapi ciri-ciri peranti pintar.

Bagi membezakan dashcam Vision 1 dengan yang lain, ia dilengkapI dengan slot kad SIM 4G yang membolehkan ia dihubungkan dengan internet dan melakukan pelbagai perkara. Menerusi integrasi dengan aplikasi WeChat, pengguna WeChat boleh menghantar lokasi kereta tersebut atau menghantar lokasi pengguna tersebut kepada pemandu kenderaan yang menggunakan Vision 1. Selain dari itu Vision 1 juga boleh merekod perjalanan kereta untuk tujuan pemantauan dan boleh beroperasi sebagai WiFi Hotspot.

Dari segi spesifikasi, Vision 1 turut dilengkapi dengan paparan skrin sentuh 3.5-inci 320×480. Ia merakam video pada kualiti 1080p 30fps dan mempunyai kapasiti terbina 8GB. Pengguna boleh menambah kapasiti storan menerusi kad SD-Mikro sehingga 32GB dan peranti dashcam Vision 1 ini beroperasi menggunakan Android KitKat.

Selain dari Vision 1, Eagle I turut melancarkan Iris-M1, iaitu peranti dashcam yang boleh dilekatkan pada cermin pandang belakang. Dashcam ini juga boleh merakam pandangan dari bahagian belakang kereta pada resolusi HD penuh.

Peranti dashcam Vision 1 dijual pada dua variasi warna iaitu kelabu dan hitam dengan tanda harga RM738. Bagi Iris-M1, ia akan dijual pada harga RM448. Kedua-dua peranti ini turut disertakan jaminan selama setahun.

Beli: Dashcam Eagle I


TIPS & ULASAN