Pod – Katil Dengan Sistem Hiburan Terbina Untuk Mereka Ingin Baring Sepanjang Hari

Pod – Katil Dengan Sistem Hiburan Terbina Untuk Mereka Ingin Baring Sepanjang Hari

Diterbitkan pada Jan 2, 2017 oleh .

Kerap kali pada hujung minggu perasaan untuk mendak sepanjang hari adalah tinggi. Sekiranya boleh kami mahu berbaring sepanjang hari di atas katil sambil menonton TV dan bermain permainan komputer. Pod ialah katil dengan sistem audio visual terbina untuk insan yang mahu berbaring sepanjang hari.

Ia dilengkapi sistem audio 2.1 dan televisyen 32″ terbina. Meja kecil untuk komputer riba, tempat simpanan konsol, lampu kecil, palam pengecas, kusyen sandar dan sokongan Bluetooth turut disertakan. Pod ditawarkan oleh Furlenco sebuah syarikat di India. Bagi yang berminat Pod boleh disewa di bandar Bangalore, Mumbai dan Pune dengan yuran bulanan ‎₹ 2999 (~RM 199).

 


TIPS & ULASAN