OnePlus 3 Mula Menerima Kemas Kini Android Nougat Hari Ini

OnePlus 3 Mula Menerima Kemas Kini Android Nougat Hari Ini

Diterbitkan pada Jan 1, 2017 oleh .

Selamat tahun baru 2017. Ada baiknya kita mulakan tahun baru dengan sistem operasi baru seperti yang dilakukan oleh OnePlus. Peranti OnePlus 3 mula menerima kemas kini ke Android Nougat 7.0 tengah malam tadi. Ini diumumkan sendiri oleh pengasas syarikat Carl Pei menerusi laman Twitter dan forum OnePlus. Peranti anda turut dikemas kini ke OxygenOS 4.0.

Kemas kini secara OTA akan diberikan secara berperingkat dan hadir agak pentas selepas menjalani ujian beta beberapa minggu yang lalu. Kepada pemilik OnePlus 3T, tiada kemas kini ke Nougat tetapi pengguna boleh memuat turun Nougat Beta sementara menantikan kemas kini rasmi.


TIPS & ULASAN