Peranti Asus X00GD Tertiris Dengan Bateri 4850 mAh

Diterbitkan pada Jan 1, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rekaan sebuah peranti baru Asus X00GD tetiris menerusi pangkalan data TENAA China. Peranti ini mempunyai skrin 5.2″ HD, pemproses 1.5 GHz lapan teras, RAM sebesar 2/3/4 Gigabyte dan storan 16/32/64 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 13-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel.

Menarik sekali Asus X00GD dilengkapi bateri sebesar 4850 mAH dan menggunakan Android Nougat. Keseluruhan tubuh diperbuat daripada logam dan pengimbas cap jari pada bahagian dagu hadapan. Terdapat spekulasi mengatakan ini ialah salah sebuah peranti di dalam keluarga Zenfone 4. Asus akan melancarkan peranti Zenfone baru di CES.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami