Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perkhidmatan dan aplikasi pengurusan emel yang memudahkan pengguna menguruskan dan mengakses lebih daripada satu akaun GMail pada sesuatu masa. Dengan konsep sama dan beberapa ciri-ciri tambahan adalah salah satu perisian terbaru dinamakan Shift.

Shift

Melalui Shift, pengguna boleh mengakses akaun emel mereka, selain pada masa yang sama mengakses perkhidmatan Google Drive dan Google Kalendar melalui ikon akses pantas. Perkara ini sekaligus menjadikan perisian ini amat berguna untuk tujuan produktif – terutamanya jika anda ingin menggunakan satu perisian untuk menguruskan akaun kerja dan peribadi. Selain akaun GMail, ia juga turut menawarkan sokongan untuk akaun Outlook.

Shift ditawarkan untuk Windows, Linux dan juga Mac. Ia ditawarkan secara percuma untuk menggunakan sehingga dua akaun.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd