Manual Rasmi Samsung Galaxy S7 Mula Memperlihatkan Antaramuka Nougat

Diterbitkan pada Jan 1, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ujian Beta Android Nougat untuk Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge sudah berakhir. Kemas kini rasmi dijangka akan diberikan pada bulan ini . Setakat ini apa yang diketahui ialah antaramuka Grace UX yang sebelum ini digunakan pada Note 7 akan diberikan berserta lompatan terus ke versi Android 7.1.1. Bagi menyambut kedatangan kemas kini ini, manual rasmi untuk kedua-dua peranti ini sudah mula memperlihatkan antaramuka baru Android Nougat.

Menarik sekali sistem Multi Window Samsung digunakan dan bukannya sistem natif yang hadir dengan Nougat. Ini mungkin kerana Multi Window Samsung membawakan lebih banyak fungsi jika dibandingkan dengan stock Android. Kepada pengguna S7 yang mahu membaca manual ini, ia hadir dalam Bahasa Inggeris, Belanda dan German.

 

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami