Pubu – “Netflix” Untuk Majalah, Buku Dan Akhbar Digital Pada Harga RM10 Sebulan

Pubu – “Netflix” Untuk Majalah, Buku Dan Akhbar Digital Pada Harga RM10 Sebulan

Diterbitkan pada Jan 2, 2017 oleh .

Ramai mungkin sedia maklum mengenai konsep Netflix atau iFlix, dimana hanya perlu membayar langganan bulanan dan mengakses kepada kandungan yang tidak terhad. Kini, dengan konsep yang lebih kurang sama adalah Pubu, tetapi ia memfokuskan kepada majalah, buku dan akhbar digital pada harga langganan serendah RM10 sebulan.

Pubu merupakan aplikasi dan perkhidmatan yang berasasl dari Taiwan, tetapi kini telah mula memperluaskan penawaran untuk pasaran tempatan. Daripada pengamatan kami, sejumlah buku, majalah dan akhbar tempatan telah pun ditambah pada perkhidmatan Pubu.

Pubu Ebook

Pubu Ebook

Walaubagaimanapun, salah satu kekangan buat masa ini adalah dimana ia terhad untuk pengguna talian telekomunikasi Celcom dan juga UMobile sahaja. Pubu menggunakan konsep pembayaran melalui bil telekomunikasi dan bukannya menggunakan kad kredit seperti beberapa perkhidmatan lain.

Sebaik sahaja mendaftar akaun, pengguna boleh mengakses pelbagai majalah, buku, dan akhbar pada katalog Pubu tanpa had. Beberapa majalah popular ditawarkan secara bulanan, selain akhbar digital seperti Harian Metro yang ditawarkan setiap hari.

Pengguna boleh membaca kandungan melalui aplikasi Pubu di iTunes atau Android buat masa ini. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Pubu dengan akses percuma selama sebulan pertama.

Muat-Turun Pubu untuk Android

Muat-Turun Pubu untuk iOS


TIPS & ULASAN