Punca Letupan Galaxy Note 7 Akan Diumumkan Pertengahan Bulan Ini

Punca Letupan Galaxy Note 7 Akan Diumumkan Pertengahan Bulan Ini

Diterbitkan pada Jan 2, 2017 oleh .

Tiga bulan telah berlalu sejak insiden letupan melibatkan Samsung Galaxy Note 7 mula mendapat perhatian media. Pelbagai teori mengenai punca letupan muncul di arena web tetapi sebab sebenar masih belum diketahui. Pada awalnya Samsung menjanjikan punca letupan akan diumumkan sebelum berakhirnya 2016. Tetapi nampaknya tarikh ini telahpun terlepas.

Galaxy Note 7 MatiPunca letupan telahpun ditemui tetapi bagi memastikan penemuan mereka, Samsung berkongsi maklumat dengan dua makmal ujian luaran bagi mengesahkannya. Laporan terkini dari Korea Selatan mengatakan Samsung akan akhirnya mengumumkan punca sebenar letupan Note 7 pada pertengahan bulan ini. Dengan pengumuman ini mereka berharap dapat mengembalikan imej mereka dan membina semula keyakinan pengguna untuk memiliki peranti buatan mereka.


TIPS & ULASAN