Setiap tahun World Design Rankings akan menghasilkan carta kedudukan setiap negara di dalam dunia rekaan. Tahun 2016 sudah berakhir dan carta untuk tahun tersebut akhirnya diperlihatkan. Malaysia meningkat satu anak tangga ke tempat ke-37 berbanding ke-38 tahun lalu. Amerika Syarikat masih lagi utuh di tangga teratas dan China adalah negara Asia yang berkedudukan tertinggi di tempat ketiga menggantikan Hong Kong yang menduduki tempat ini tahun lalu.
Di rantau Asia Tenggara pula, Singapura adalah berada di kedudukan tertinggi iaitu di tangga ke-14. Ini adalah kedudukan yang sama diduduki negara ini tahun lalu.Kedudukan setiap negara di dalam carta World Design Rankings ditentukan oleh jumlah anugerah peringkat antarabangsa yang diterima oleh pereka dari negara-negara yang disenaraikan.