Small Transparent Speaker – Pembesar Suara Pintar Yang Boleh Mengesan Sendiri Komponennya Yang Rosak

Small Transparent Speaker – Pembesar Suara Pintar Yang Boleh Mengesan Sendiri Komponennya Yang Rosak

Diterbitkan pada Jan 2, 2017 oleh .

Semasa di kolej dahulu kami membeli sebuah Altec Lansing ACS 45.1. Pembesar suara ini boleh dianggap sebagai Nokia 3310 dunia audio kerana tahan lasak. Pembesar suara milik kami hanya rosak selepas digunakan selama 15 tahun. Apabila rosak kami tidak mengetahui komponen apakah yang perlu digantikan dan terpaksa membuangnya kerana ia tidak lagi dihasilkan. Small Transparent Speaker ialah pembesar suara pintar yang boleh memberitahu pengguna komponen manakah yang rosak dan ia akan disokong pengeluar sepanjang hayat anda.

Small Transparent Speaker menyokong tambatan kabel, WiFi, Bluetooth, GoogleCast dan juga Apple Airplay. Pengeluar Small Transparent Speaker. People People mahu menghasilkan pembesar suara yang tahan lama dan mudah digantikan sekiranya berlaku kerosakan. Aplikasi khas akan memberitahu pemilik sumber kerosakan sekiranya berlaku dan komponen mana perlu digantikan. Dengan sokongan sepanjang hayat, People People berharap dapat mengurangkan sisa elektronik di tempat pembuangan sampah. Harga sebuah Small Transprent Speaker bermula  dari $250 (~RM 1121).


TIPS & ULASAN