(Konsep) The Swash : Alat Mengubah Baldi Biasa Menjadi Mesin Basuh

(Konsep) The Swash : Alat Mengubah Baldi Biasa Menjadi Mesin Basuh

Diterbitkan pada Jan 2, 2017 oleh .

Membasuh baju ialah aktiviti yang dilakukan setiap hari jika berkeluarga, setiap hujung minggu ketika bujang dan kadang kala sekiranya anda manusia pemalas. Mesin basuh ialah perkakas elekrtik yang wajib dimiliki di setiap rumah moden bagi memudahkan tugas membasuh pakaian. Tetapi harga jualannya adalah agak mahal. The Swash ialah konsep alat yang mampu mengubah baldi plastik menjadi sebuah mesin basuh.

Ia terdiri daripada motor elekrtik, bakul plastik dan pencengkam sisi baldi. Apabila dipasang pada bahagian atas baldi plastik, ia terus mengubahnya menjadi mesin basuh untuk basuhan kecil.  Ia direka oleh Ronald Tan, seorang pelajar jurusan rekaan industri di Lasalle College of The Arts Singapura. Rekaan konsep ini memenangi anugerah Red Dot Award for Design Concept 2016.


TIPS & ULASAN