Asus Zenfone VR Tertiris Beberapa Hari Sebelum Pengumuman Rasmi Di CES 2017

Asus Zenfone VR Tertiris Beberapa Hari Sebelum Pengumuman Rasmi Di CES 2017

Diterbitkan pada Jan 3, 2017 oleh .

Asus sebelum ini sedia hadir dengan beberapa teaser, memperlihatkan mereka bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar baru dengan fokus terhadap realiti-maya, disamping menyokong Project Tango. Kini, info awalnya tertiris tanpa sengaja oleh Qualcomm, beberapa hari sebelum pengumuman rasmi pihak Asus.

Asus Zenfone VR

Info penuh mengenai peranti berkenaan masih tidak diketahui buat masa ini. Daripada perkongsian Qualcomm, ia dilihat akan dijana menggunakan Snapdragon 821 dalam menawarkan pengalaman realiti-maya yang baik dan selesa untuk pengguna. Dengan menggunakan sistem operasi Android, Asus Zenfone VR bakal dilengkapi sokongan DayDream VR – sekaligus membolehkan ia menjalankan aplikasi seperti YouTube, Street View dan pelbagai kandungan lain dalam bentuk realiti-maya.

Disamping itu, @evleaks turut berkongsi mengatakan Asus Zenfone VR ini adalah peranti kedua yang menyokong Project Tango selepas Lenovo sebelum ini. Melaluinya, ia menawarkan pengalaman AR dengan sokongan beberapa sensor tambahan melaluinya.

Asus dijangka akan mengumumkan peranti ini secara rasminya minggu ini pada acara CES 2017.


TIPS & ULASAN