Logo Lineage OS Diperlihatkan

Logo Lineage OS Diperlihatkan

Diterbitkan pada Jan 3, 2017 oleh .

Masalah yang melanda Cyanogen Inc menyebabkan nama baik Cyanogenmod tercalar. Selepas syarikat Cyanogen mengumumkan penutupan, ramai yang tertanya-tanya apakah yang akan berlalu kepada pembangunan Cyanogenmod. Persoalan terjawab dengan pengumuman Linegage OS yang merupakan penjenamaan semula Cyanogenmod.

Logo untuk Lineage OS diperlihatkan. Ia terdiri daripada tiga bulatan yang bersambung. Elemen bulat dari logo robot Cyanogenmod nampaknya dikitar semula. Dengan Lineage OS ribuan pengguna yang menggunakan Cyanogenmod sebelum ini boleh menghela nafas lega. Peranti lama mereka yang tidak lagi disokong pengeluar masih boleh menerima kemas kini atas usaha gigih komuniti.


TIPS & ULASAN