Dell Hadir Dengan Monitor Paling Nipis – Dell 27 Ultrathin Monitor

Dell Hadir Dengan Monitor Paling Nipis – Dell 27 Ultrathin Monitor

Diterbitkan pada Jan 3, 2017 oleh .

Bersama-sama pengenalan komputer riba hibrid, pihak Dell turut mengambil peluang untuk memperlihatkan inovasi mereka dalam arena pengeluaran monitor dengan memperkenalkan Dell 27 Ultrathin Monitor. Dell mengatakan rekaannya dioptimasikan untuk penggunaan di rumah, mahupun di pejabat.

Dell 27 Ultrathin Monitor

Dell 27 Ultrathin Monitor hadir dengan rekaan yang sangat nipis, serta mengambil konsep Infinity Edge, dan membawanya kepada monitor ini dalam menawarkan rekaan bingkai tepi skrin yang nipis.

Disamping itu, Dell turut menyertakan sokongan USB C pada monitor ini, dan resolusi 2560×1440 pixel pada kadar segar semula 60Hz. Monitor ini turut menyokong HDR, selain penawaran sRGB meliputi lebih 99%.

Monitor ini dijangka dipasarkan bermula Mac 2017 ini.


TIPS & ULASAN