Xiaomi Mi Mix Berwarna Putih Mungkin Diperlihatkan Di CES 2017

Xiaomi Mi Mix Berwarna Putih Mungkin Diperlihatkan Di CES 2017

Diterbitkan pada Jan 3, 2017 oleh .

Xiaomi Mi Mix ialah peranti paling berani tahun 2016. Rekaan hampir tanpa bezel dan binaan seramiknya mungkin kurang praktikal tetapi membawakan kelainan berbanding rekaan peranti lain di pasaran. Hanya dua model dihasilkan dan kedua-duanya berwarna hitam. Sebuah teaser dari Xiaomi menunjukkan mereka akan memperlihatkan peranti di CES 2017.

Dari imej di atas ramai merasakan ia petunjuk Mi Mix berwarna putih akan diperlihatkan secara rasmi. Sebelum ini gambar Mi Mix berwarna putih tertiris ke arena web. Laman rasmi Xiaomi di China juga memberikan pilihan warna baru ini. Jawapan kepada misteri ini akan terungkai esok.


TIPS & ULASAN