Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah mengumumkan Windows 10 Creators Update pada penghujung tahun lepas, dan sekadar mengatakan ia bakal hadir kepada pengguna umum sekitar awal 2017. Lanjutan daripadanya, pelbagai spekulasi mengatakan ia mungkin hadir pada Mac 2017, tetapi kini menurut laporan baru, Microsoft dijangka memperkenalkannya bermula April 2017.

Windows 10 Creator Update

Melalui Windows 10 Creators Update, ia menawarkan sejumlah ciri-ciri baru dalam memudahkan lagi pengguna menghasilkan kandungan – termasuk penyertaan Paint 3D untuk menghasilkan seni dan grafik dalam bentuk tiga dimensi. Pihak Microsoft juga bersama-sama beberapa pengeluar akan memperkenalkan peranti realiti-maya untuk digunakan bersama-sama versi baru Windows 10 ini kelak.

Buat masa ini, ia telah pada peringkat ujian melalui Windows Insider, dan Microsoft dijangka akan hadir dengan senarai akhir fungsi-fungsi baru menjelang penghujung bulan ini untuk diperkenalkan pada Windows 10 Creators Update ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd