Samsung Melancarkan Mesin Basuh Dan Pengering FlexWash FlexDry Empat Dalam Satu

Samsung Melancarkan Mesin Basuh Dan Pengering FlexWash FlexDry Empat Dalam Satu

Diterbitkan pada Jan 3, 2017 oleh .

CES 2017 akan bermula esok dan beberapa alatan elektronik telahpun diumumkan beberapa hari lebih awal. Samsung hari ini mengumumkan mesin basuh dan pengering empat dalam satu berteknologi FlexWash dan FlexDry mereka. Mesin basuh FlexWash menggabungkan dua mesin basuh di dalam satu. Ruang basuhan pertama diisi dari hadapan dengan kapasiti lima kaki padu. Ruang basuhan kedua diisi dari atas dengan kapasiti satu kaki padu.

Kedua-dua ruang basuhan ini boleh berfungsi serentak dengan dua sistem basuhan berbeza. Ini mengurangkan masa basuhan setiap minggu. Mesin pengering FlexDry turut mempunyai dua ruang pengering. Ruang pertama yang diisi dari hadapan mengering dengan memutar baju seperti mesin pengering biasa. Ruang kedua pada bahagian atas pula mengering dengan menghembus udara panas sehingga 35 darjah Celsius untuk mengering tanpa mengomotkan baju. Kedua-dua mesin FleWash dan FlexDry ini dijual sebagai satu sistem lengkap. Tiada maklumat mengenai harga jualan setakat ini.


TIPS & ULASAN