Sony Xperia X yang muncul tahun meninggalkan rekaan OmniBalance untuk rekaan lebih baru. Sistem imbasan cap jari terbina pada butang kuasa diletakkan pada bahagian sisi peranti. Komen yang kerap didengari mengenai peranti keluarga Xperia X ialah bezel yang agak tebal dan dagu yang besar jika dibandingkan dengan peranti lain di pasaran.
Sebuah gambar yang didakwa bahan promosi untuk Sony Xperia X 2017 tertiris. Dari gambar tersebut dapat dilihat peranti ini bukan sahaja mempunyai bezel nipis seperti Xperia XA Ultra malahan dagu serta dahi yang lebih kecil. Rekaannya juga lebih berkotak seperti Xperia XZ. Antara ura-ura yang didengari ialah peranti Xperia X akan menggunakan port pengecasan USB-C. Apakah pendapat anda tentang rekaan serba baru ini?