Peranti Blackberry Dengan Papan Kekunci Fizikal Akan Dilancarkan Di CES 2017

Peranti Blackberry Dengan Papan Kekunci Fizikal Akan Dilancarkan Di CES 2017

Diterbitkan pada Jan 3, 2017 oleh .

Beberapa gambar peranti Blackberry dengan papan kekunci fizikal klasik telah tertiris. Kewujudan peranti dengan kod nama Blackberry Mercury ini telah lama didengari cuma tidak diketahui tarikh pelancarannya.Penanti berakhir kerana ia sah akan dilancarkan di acara CES 2017 yang akan berlangsung bermula esok.

Video teaser pendek peranti dengan papan kekunci fizikal dikongsi di media sosial oleh Steve Cistulli  yang merupakan presiden TCL Communication Amerika Utara. Ia dipercayai dilengkapi skrin 4.7″ dengan resolusi 1620×1080 pixel, diperkasakan pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Bagi peminat papan kekunci fizikal Blackberry, pelancaran Mercury pastinya mengujakan.

 


TIPS & ULASAN