TV Super UHD LG SJ9500 Dengan Teknologi Nano Cell Dilancarkan
LG

TV Super UHD LG SJ9500 Dengan Teknologi Nano Cell Dilancarkan

Diterbitkan pada Jan 3, 2017 oleh .

Televisyen dengan resolusi 4K mampu memaparkan gambar yang lebih tajam dan kelihatan hidup di ruang tamu. Tetapi televisyen Super UHD mampu memberikan kualiti gambar lebih baik kerana menyokong pelbagai mod HDR. LG hari ini mengumumkan televisyen Super UHD LG SJ9500 terkini mereka yang menggunakan teknologi Nano Cell.

Menurut LG teknologi Nano Cell memberikan paparan gambar yang lebih tajam dan penghasilan warna yang lebih semula jadi berbanding teknologi panel sebelum ini. Televisyen sebesar 55″ ini menyokong mod Active HDR, Dolby HDR, HDR dan Technicolor Advance HDR . Sistem operasi webOS digunakan untuk menjalankan sistem pintar televisyen ini.  Tiada pengumuman harga buat masa ini tetapi harga jualan televisyen pintar Super UHD biasanya adalah jauh lebih mahal berbanding TV HD penuh biasa di pasaran.


TIPS & ULASAN