Samsung Mampatenkan Peranti Boleh Lipat Yang Dinyahlipat Dengan Sistem Imbasan Mata

Samsung Mampatenkan Peranti Boleh Lipat Yang Dinyahlipat Dengan Sistem Imbasan Mata

Diterbitkan pada Jan 3, 2017 oleh .

Project Valley ialah nama yang diberikan kepada pembangunan peranti boleh lipat Samsung. Beberapa paten sebelum ini menunjukkan mekanisme lipatan peranti serta rekaan peranti ini sendiri. Sebuah paten baru telahpun difailkan Samsung yang menggunakan sistem imbasan mata untuk menghalang peranti dari dinyahlipat.

Apabila dilihat peranti kelihatan seperti sebuah dompet. Skrin sisi pada tepi peranti akan menunjukkan maklumat dan notifikasi apabila peranti dilipat. Sistem imbasan cap jari, pengenalan suara dan bacaan nadi pengguna juga boleh digunakan untuk melakukan nyahkunci sekiranya perlu. Penggunaan pelbagai sistem biometri ini digunakan bagi memastikan maklumat peribadi pengguna tidak mudah diakses pihak yang tidak diingini.


TIPS & ULASAN