Lenovo Hadir Dengan Keluarga PC Baru Memfokuskan Permainan Video – Legion

Lenovo Hadir Dengan Keluarga PC Baru Memfokuskan Permainan Video – Legion

Diterbitkan pada Jan 3, 2017 oleh .

Berkurun lamanya komputer riba permainan PC mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding desktop walaupun dijual pada harga lebih mahal. Had ruang komputer riba serta kad grafik yang memerlukan sistem penyejukan yang besar menyebabkan ini berlaku. Tetapi sejak tahun lalu kad grafik desktop keluaran Nvidia sudah boleh digunakan pada komputer riba. Hasilnya ialah komputer riba permainan PC sekarang setanding dengan dekstop.

Lenovo melancarkan dua komputer riba PC di bawah penjenamaan Legion. Legion Y720 dan Y520 kedua-duanya dilengkapi pemproses terkini Core i7, RAM sebesar 16 Gigabyte. Legion Y720 dilengkapi kad grafik Nvidia GeForce GTX 1060 yang menyokong peranti realiti maya. Papan kekunci mempunyai sistem lampu RGB pelbagai warna disertakan berserta sistem audio Dolby Atmos. Komputer riba ini dijual April hadapan pada harga $1399 (~RM 6289) sebuah.

Legion Y520 pula dilengkapi kad grafik Nvidia GeForce GTX 1050 Ti. Pembesar suara Harman disertakan dengan sokongan sistem audio Dolby Audio Premium. Tidak seperti Y720, Y520 hanya dilengkapi papan kekunci dengan sistem lampu merah. Komputer riba ini akan dijual Februari ini pada harga $899.99 (~RM 4043)

 


TIPS & ULASAN