Lenovo Miix 720 Dilancarkan Dengan Stylus Active Pen 2

Lenovo Miix 720 Dilancarkan Dengan Stylus Active Pen 2

Diterbitkan pada Jan 3, 2017 oleh .

Komputer tablet Miix ialah jawapan Lenovo kepada Microsoft Surface. Dua model telah dihasilkan sebelum dengan model Miix 510 dilancarkan di IFA September lalu. Lenovo Miix 720 ialah model terkini yang dilengkapi skrin 12″ QHD, pemproses Intel Core i7 generasi ketujuh, RAM sehingga 16 Gigabyte DDR3 dan storan SSD sehingga 1 Terabyte.

Kamera utama pada bahagian belakang ialah sebesar 8-Megapixel manakala kamera hadapan 1-Megapixel menyokong sistem Windows Hello. Bateri 45 Wh yang disertakan mampu bertahan sehingga 8 jam. Stylus Active Pen 2 dengan 4096 tahap tekanan disertakan untuk lakaran terus pada skrin.

Dari segi sambungan terdapat  pembaca kad mikroSD, 1 port USB-C. 1 port USB 3.0, 1 port USB 2.0. Papane kekunci yang boleh ditanggalkan mempunyai sokongan lampu bagi memudahkan proses menaip di dalam gelap. Lenovo Miix 720 akan mula dijual April hadapan pada harga $999.99 (~RM 4500) sebuah.


TIPS & ULASAN