Lenovo Menjadi Terawal Memperlihatkan Set Realiti-Maya Untuk Windows

Lenovo Menjadi Terawal Memperlihatkan Set Realiti-Maya Untuk Windows

Diterbitkan pada Jan 3, 2017 oleh .

Microsoft sebelum ini telah berkongsi perancangan mereka untuk menekankan kepada arena realiti-maya melalui Windows 10, dan pelbagai pengeluar peranti dikatakan akan hadir dengan set realiti-maya masing-masing. Kini, bersempena dengan CES 2017, pihak Lenovo menjadi antara terawal yang memperlihatkan set realiti-maya mereka.

Lenovo VR Windows

Set realiti-maya ini dibangunkan untuk beroperasi menggunakan komputer Windows. Seperti beberapa set realiti-maya lain, penawaran Lenovo ini hadir dengan penggunaan dua skrin OLED pada resolusi 1440-1440 pixel. Membezakan dengan beberapa yang lain, ia turut menyokong platform Windows Holographic, dan untuk tujuan berkenaan, Lenovo dilihat menyerakan dua kamera dihadapan bagi membolehkan pengguna turut berinteraksi dengan dunia-nyata, selain mengetahui keadaan sekelilingnya.

Buat masa ini, Lenovo masih tidak berkongsi akan mengenai tarikh jualan untuk peranti ini.


TIPS & ULASAN