Cari @ Amanz

Asus sebelum ini telah hadir dengan beberapa komputer bersaiz kompak. Terkini, bersempena dengan CES 2017, mereka memperkenalkan satu lagi komputer bersaiz kompak dan dilengkapi sokongan untuk menjalankan kandungan realiti-maya, iaitu Asus VivoPC X.

Asus VivoPC X

Asus VivoPC X ini hadir dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ketujuh, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060, memori sehingga 8GB RAM, dan ruangan storan 512GB SSD. Ia juga dilengkapi dengan sokongan port USB 2.0, USB 3.1, HDMI dan juga DisplayPort.

Asus dijangka akan memasarkan komputer kompak mereka terbaru ini bermula bulan Mac 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd