HP Spectre x360 Dengan Skrin 15.6-inci Kini Dilengkapi Sokongan Paparan 4K

HP Spectre x360 Dengan Skrin 15.6-inci Kini Dilengkapi Sokongan Paparan 4K

Diterbitkan pada Jan 4, 2017 oleh .

HP baru-baru ini telah mula menjual HP Spectre x360 bersaiz 13-inci di Malaysia, dan terkini, bersempena dengan CES 2017, pengeluar komputer berkenaan turut telah memperkenalkan model 15.6-inci untuk komputer riba yang sama – dan hadir dengan beberapa penambahan menarik.

HP Spectre x360

HP Spectre x360 masih mengekalkan rekaan bingkai tepi skrin yang sedikit nipis, selain dilengkapi engsel yang membolehkan ia diputar 360-darjah dan digunakan dalam pelbagai mod berbeza.

Pada model 15.6-inci ini, ia kini hadir dengan pilihan skrin pada resolusi 4K (3840×2160 pixel) dan seperti biasa, dijana dengan cip Intel Core i7 generasi ketujuh. Menguasakannya juga adalah kad grafik NVIDIA GeForce 940MX, selain sokongan storan sehingga 1TB SSD. HP turut menambah dua speaker dihadapan untuk menawarkan kualiti bunyi yang baik kepada pengguna.

Dari segi penawaran masa bateri, HP mengatakan kini ia menawarkan masa penggunaan sehingga 12.75 jam berbanding kurang 10 jam pada model sebelumnya.

Untuk permulaan ini, ia hanya dijual di Amerika Syarikat – dan akan diperluaskan mengikut negara-negara lain secara berperingkat.

HP Spectre x360


TIPS & ULASAN