HP Hadir Dengan Komputer Semua-Dalam-Satu Menggunakan Skrin Melengkung

HP Hadir Dengan Komputer Semua-Dalam-Satu Menggunakan Skrin Melengkung

Diterbitkan pada Jan 4, 2017 oleh .

Bersama-sama pengumuman kemaskini untuk Spectre x360, pihak HP juga mengambil-peluang memperkenalkan komputer semua-dalam-satu terkini mereka yang dinamakan sebagai HP ENVY Curved AIO 34. Menariknya, ia membawakan skrin melengkung bersaiz 34-inci, yang menawarkan pengalaman media lebih baik kepada pengguna.

HP ENVY Curved AIO 34

Komputer semua-dalam-satu ini dilengkapi dengan cip Intel Core generasi ketujuh, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 256GB + 2TB HDD, selain turut menyertakan sokongan kamera hadapan untuk Windows Hello.

Selain daripada penawaran komputer sahaja, pada bahagian hadapan komputer semua-dalam-satu ini, HP turut menyertakan ruangan untuk pengecasan tanpa-wayar, membolehkan pengguna meletakkan telefon pintar mereka di atasnya ketika membuat tugasan dan mengecas ia dengan mudah.

HP dijangka mula menjualnya bermula bulan ini melalui laman rasmi mereka. Ia mungkin akan mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum dipasarkan dibeberapa negara lain, seluruh dunia.

HP ENVY Curved AIO 34


TIPS & ULASAN