Dell Mengemaskini Penawaran Komputer Riba Alienware Dengan Cip Intel Kaby Lake

Dell Mengemaskini Penawaran Komputer Riba Alienware Dengan Cip Intel Kaby Lake

Diterbitkan pada Jan 4, 2017 oleh .

Dell selain memperkenalkan XPS 13 2-dalam-1, mereka juga hari ini mengumumkan kemaskini untuk penawaran komputer riba memfokuskan permainan video, iaitu Alienware. Kesemua model, iaitu Alienware 13, 15 dan 17 yang diperkenalkan sekitar Ogos tahun lepas hari ini dikemaskini dengan cip Intel Core generasi ketujuh.

Alienware IFA 2016

Dengan kemaskini cip pemprosesan ini, ia kin menawarkan pemprosesan sekitar sehingga 9% lebih pantas berbanding dengan sebelumnya. Selain daripada itu, rekaan yang digunakan adalah sama, selain beberapa penawaran lain.

Alienware 13 menawarkan skrin 13.3-inci, dan dipasarkan sebagai komputer riba bersaiz kompak dengan sokongan realiti-maya. Ia juga menyertakan kamera infra-merah pada bahagian hadapan untuk penggunaan Windows Hello, selain hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 (selain pilihan GTX 1050). Untuk model Alienware 15 pula, ia hadir dengan pilihan kad grafik GTX 1050 sehingga GTX 1070, selain turut menawarkan pilihan AMD Radeon RX 470. Alienware 17 pula hadir dengan kad grafik GTX 1080 (dengan pilihan bermula GTX 1050), selain turut dilengkapi teknologi pemantauan gerakkan mata, Tobii.

Kita mungkin akan dapat melihat ia dilancarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN