Acer Memperkenalkan Aspire VX 15 – Komputer Riba Untuk Permainan Dengan Harga Kompetitif

Acer Memperkenalkan Aspire VX 15 – Komputer Riba Untuk Permainan Dengan Harga Kompetitif

Diterbitkan pada Jan 4, 2017 oleh .

Selain daripada Acer V Nitro Black, pihak Acer turut telah memperkenalkan satu lagi komputer riba pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pelbagai penawaran komputer riba memfokuskan permainan lain di pasaran. Dinamakan sebagai Aspire VX 15, ia membawakan harga jualan bermula $799 di Amerika Syarikat, iaitu sekitar (~RM3589).

Acer Aspire VX 15

Dengan harga begitu, Acer menawarkan skrin bersaiz 15.6-inci dengan paparan 1920×1080 pixel, serta menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ketujuh, Intel Core i5-7300HQ. Dengan fokus terhadap permainan video, ia turut hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 atau 1050 Ti, memori sehingga 16GB RAM, ruangan storan 512GB SSD dan 1TB HDD.

Acer dijangka memasarkan komputer riba ini bermula bulan Januari ini di beberapa pasaran

Acer Aspire VX 15


TIPS & ULASAN